Showing posts with label psscm. Show all posts
Showing posts with label psscm. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

.back to bukit mertajam.

selepas semua program selesai..
kami pun pulang semula ke bukit mertajam pada hari isnin..
sebelum pulang, pak cik nasir ganu belanja kitorang makang nasi kerabu.
gerai nasi kerabu ni merupakan gerai nasi kerabu yang pertama dibuka kat terengganu tu..
i mean kat tempat we all stay tulaa...
owner gerai tu sbnrnya orang klate.. hikhik..
sodap2.. nasi kerabu tu berlaukkan ayam panggang oke! nyummy!
thanks pak cik nasir! sedappp sangat..

then, kami pon polang ke bukit mertajam pada jam 11 pagi ye anak2..
abg hafiz pula pulang naik flight..sian dia demam..
alhamdulillah, kami sampai di bukit mertajam pada jam 5 ptg..
ayah yang bawa kereta sepanjang 6 jam perjalanan tu..
kami juga sempat berhenti rehat dan mengambil gamba berlatar belakang kan banjaran titiwangsa dan pulau banding (nama je pulau, tapi sebenarnye tasik).


alhamdulillah, keadaan atok dan nenek semakin pulih..
kami pun berehat di sana selama satu malam..
kami pulang ke kuala lumpur jam 3 ptg keesokkan harinye..
dan sampai di kuala lumpur dalam 6++ptg..

ayah drove all the way..
alhamdulillah.. kesihatan ayah pun okey..
we all da risau da kot2 laa dia diseang gout lagi kan..
but he's fine! :)
cool!

.ganu kite - day 3.

pagi hari ahad ini pula, ada perasmian bagi mesyarat agong perwakilan kali ke 37 dan penyampaian kad setia kepada ahli2 yang memohon kad setia..
adil n abg faizal jadi mc pagi majlis perasmian.. duer2 laki.. (chomel kan? hahaha..)
majlis perasmian ini dirasmikan oleh exco jabatan belia dan sukan..
majlis perasmian habis dalam pukul 12 tghari..

.muke2 pemerhati + the mc (kanan sekali).

the real mesyuarat started at 2.30pm..
me as the pemerhati join the kakaks at the back..
pungpangpungpang..
mcm2 kitorang wat kat belakang tu..
antaranye..
mengambil gmba pada kedudukan yang sama cume posisi yang berlainan..
membaca surat kabar..
xoxo..
dan of cos memerhatikan mesyuarat..
ngah2..

.pior tau! ;).

mesyuarat habis dalam pukul 6 kot..
balik tu kami semua pegi makan kat kedai air buah pior..
hehe..
mcm2 kitorang order..
sotong goreng tepung..
udang goreng tepung..
ikan goreng tepung..
kopok lekor..
nasi goreng..
uish..
mcm2..
dan sangat sedap.. :)

Saturday, May 30, 2009

.ganu kite - day 2.


pagi-pagi lagi dah kena bangun..
kena pergi majlis konvokesyen..
timbalan dekan fakulti ekonomi UMT telah hadir bagi mewakili Dekan menyampaikan sijil rendah silat cekak pada ahli-ahli yang telah lulus ujian sijil rendah..
pada tahun ini seramai 78 ahli silat cekak telah lulus dengan kepujian dan seramai 702 orang (tak sure laa btol ke jumlah tu.. nnt i check balik yer) telah lulus sahaja..

tahniah2!

.sume get ready masuk dewan.

majlis konvokesyen ditangguhkan pada waktu tghari dan sambung balik pada petangnya..
saya, ibu and adik memang tak terlibat ngan penyampai sijil petang tu.. so me n ibu ikut mak cik ani and anak dia gi pasar payang..
kitorang dapat beli 3 baju kelawar (rm1o kali 3)
pastu dapat beli sedikit souvenir tuk petam and petom
keropok of cos
buah mangga
buah laici..
ermm.. apa lagi eh?
haaa..
beg rotan cantik as bday present tuk bday kak apop! hope u like it kakak!

.batu bersurat yang sgt besar.

malam tu ada majlis makan malam perdana pula..
majlis makan malam ini telah diadakan taman tamadun islam..
Menteri Besar Terengganu telah mehadiri bagi merasmikan majlis makan malam tersebut..
malam tu ibu and ayah kena duk meja vip..
so, aku and adik duk satu meja ngan kak mummy, kak apop, adil, abg shahrem, tiqa, auni n khairul..
seb bek dapat dok meja belakang2 ni...
takdelaa protokol sangat..
hehe..

.dinner nyte!.

MB datang lambat oke!
grr..
orang sume da lapa..
monster2 meja aku sume da lapa..
siap pening2 lagi..
aku yang paling monster ni lagi laa..
haihhh..
kol 9.00 baru nak datang..
da ar datang lambat pastu nak balik awal pulak..
eeee... grr..

tapi takpe..
janji datang..
dari tak datang kan..
balik tu kami tros tido oke! penat sangat!
sian sama abg hafiz yang demam.. isk3..
mungkin rindu sama kak wany kot.. ;))
get well soon! :D

Friday, May 29, 2009

.ganu kite - day 1.

assalammualaikum..

ok, this will be the update for the last post..

pagi tadi kami keluar rumah ni seawal 8.10 pagi ke Universiti Malaysia Perlis a.k.a UMT.
Forum bertajuk 'silat cekak sebagai budaya warisan negara' telah dibincangkan bersama 3 orang ahli panel di mana 2 orang ahli panel merupakan wakil dari psscm dan seorang ahli panel lagi adalah wakil dari UMT.

2 wakil dari PSSCM adalah Datuk Haji Maideen Kadir Shah a.k.a my beloved pak teh dan Prof Madya Dr Haji Abdul Majid Ismail manakala seorang lagi ahli panel, iaitu wakil dari UMT adalah seorang ustaz (maaf saya terlupa nama beliau) di mana beliau merupakan bekas kaunselor dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di dalam bidang kaunseling di UMT.

First round of the forum, the moderator (Kdr. Roslizan Ahmad Tajudin) asked first and 2nd panel regarding what they have gone through psscm, what they have learned and practic till they become what they are now.

Bagi Datuk Maideen, apa yang beliau pelajari dari almarhum ustaz Hj Hanafi pada peringkat awal pembelajaran silat cekak adalah:
  1. tidak bercakap bohong
  2. tidak pecah amanah
  3. tidak memungkiri janji
Bagi Dr Majid pula, beliau bercerita tentang pengalaman beliau belajar silat cekak di usm pada tahun 1973 di mana pada mulanya beliau memasuki silat cekak hanya kerana ingin mencari sesuatu aktiviti yang mengeluarkan peluh dan beliau sangat berminat mempelajari benda-benda yang pelik kata beliau. Alhamdulillah, setelah mempelajari seni silat cekak dan mengikut apa yang di ajar oleh guru, beliau mendapati bahawa seni silat cekak bukan silat biasa dan jauh sekali terdapat pekara pelik yang diajari yang dapat memesongkan akidah.

Bagi panel jemputan dari UMT pula, moderator bertanyakan soalan berkenaan budaya di dalam UMT. Maaf, saya sebenarnya concentrate dengan apa yang beliau perkatakan cuma mungkin salah saya tak faham dengan apa yang beliau perkatakan. jikalau tak salah saya, beliau perkatakan tentang pelajar2 di UMT cuma saya agak kurang jelas dengan penjelasan beliau mengenai budaya di UMT pada first round of the forum.

On the 2nd round of the forum, moderator meneruskan soalan beliau dan kali ini dimulakan dengan ustaz dari UMT itu. Kali ini moderator bertanyakan soalan rasanya budaya bagaimanakah yang patutnya diterapkan di negara kita ini. Ustaz itu memberi penjelasan tentang SYAS (Semua yang awal itu special) dan menceritakan pengalaman beliau mendidik anak ini dengan menggunakan budaya SYAS ini. Di sini beliau menceritakan seawal mana beliau dan keluarga bangun awal dan kebaikan membuat sesuatu perkara dengan awal. mungkin inilah budaya yang beliau rasakan patut diterapkan di dalam negara kita.

Datuk Hj Maideen menyambung dengan soalan yang sama. Beliau meneruskan dan mengupas dengan lebih detail tentang apa yang beliau perkatakan di pusingan pertama forum ini dan ditambah pula dengan pantang larang silat cekak dan juga 3 TA ( harta, takhta dan wanita).Bagi saya, kupasan beliau sungguh menarik dan tak perlulah saya perjelasakan di sini. saya rasa apa yang beliau perkatakan itu singguh berharga dan tak dapat saya nak menjelaskan kembali di dalam entry kali ini. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Majid.

Sesi soal jawab diadakan pada pusingan ketiga forum dan kesimpulan pada pusingan ke4. bak kata moderator dah macam boxing dah... ada byk round.. lol!

mudah-mudahan apa yang baik yang kita dapati dalam forum kali ini dapat kita ambil dan mempraktikkannya terutama sekali pada semua ahli silat cekak.. :)

ok, mari menulis seperti biasa.. seperti sitot mysteritot yang ske merapu meh.. haha..
selepas abes je forum tu, kami semua di jemput untuk menjamu selera...
ngap ngap ngap..
nyum nyum..
burpp...
hahahaha..

then, ayah adi n abg hafiz balik ke homestay kami..
but me n ibu followed kak apop, kak mummy, kak hes and abg awe to kak mum's home stay.. hehehe..
waaa.. indah nye permandangan dari tempat mereka ini..
bilik dorang ni megadap laut tau..
cantik, indah dan nyaman sekali permandangan di situ..
I took a nap for 1/2 hour and when i woke up, we went back to my home stay..
there, i continue my sleep until 4.30 pm..
haha.. tido je keje dak ni.sket2 tido..

then, dalam pukul 6 ptg mcm tu, kami meneruskan pencarian kami..
pencarian apa???
pencarian kedai makan..
memandangkan tahap kelaparan aku cam dah nak makan bibi dah tyme tu.. grrr..
kitorang gi satu tempat best kat terengganu ni..
dia jual suma jus gelas besar woo!!!
best sangat..
saya minum fresh orange..
sedap bangat...
antara menu yang kami order adalah.....
jus oren, jus nangka, jus epal, jus asam boi, jus tembikai,jus nanas
nasi lemak, nasi dagang, rojak ayam, laksam, laksa ganu..
alhamdulillah... perut kami semuanye kenyang.. hati pon sonang..

then, kami singgah di mydin kat ganu ni..
MasyaAllah... ramainya manusia..
suke benau org ganu ni sopping kat mydin...
dah dapat beli barang2 yang kitorang nak beli tu.. kami pon balik laa ke penginapan masing2..
and right now the clock shows 10.58 pm..
sume orang da penat2 masuk tidur only me left updating this blog..
i shud sleep early today since we got to wake up early tomorrow..
nite-nite everybody..
wassalam.. :)


p/s: ko!! aku jumpa ko!! terkejut tapi happy gak.. sempat gak ko kenakan aku eh? ciss.. da ar da kurus skrg.. hikhik.. :)

Thursday, May 28, 2009

Ganu kite!

alhamdulillah.. selamat juga perjalanan kami di terengganu ini setelah 7 jam perjalanan dari bukit mertajam.. jam sekarang menunjukkan pukul 5.06 pagi dan aku tak bole tido disebabkan dah terlalu lama tido sepanjang perjalanan. sebelum ke terengganu kami singgah dahulu bukit mertajam melawat atok di sana.. alhamdulillah keadaan atok dan nenek juga semakin pulih.. mudah-mudahan kesihatan atok dan nenek semakin hari bertambah baik.. semoga tuhan kurniakan mereka kesihatan yang baik tatkala umur 70-an ini.. amin..

sepanjang perjalan tadi kami berhenti 2 kali untuk makan.. satu di bukit mertajam for our dinner..and another stop was at kelantan but i can't recall the name of the place.. huhu..
di bukit mertajam as usual kami order char kuew teow and kuew teow kerang.. memang tak sah tak order 2 jenis makanan kalau singgah di penang.
stop yang paling menarik ialah kat kelantan. kami sekeluarga plus abg hafiz were very shocked cause the gerai got karaoke you know..
such a remote area of our country got karaoke at 2 am in the morning and its foc!

ok, after the 2nd stop, we continue our journey.. and stop when we suddenly amaze with the beautiful view of a mosque and stop to take a picture of it when abang hafiz realize that he has left his phone at the gerai just now.. banyak maklumat dalam phone tu katanye.. so we turn back to the gerai and very thankful to the mak cik cause kept the phone.. alhamdulillah.. then the journey continues until we reach terengganu at 4.oo am in the morning.. we met 2 of the cawangan terengganu committee at the petrol station nearby and they took us to our homestay.. it was a big nice bunggalow anyway.. :)


so, till now peeps! gonna share more stories bout our journey to terengganu tomorrow may be.. gotta perform solat subuh first.. ngeh ngeh..

p/s: to all petom and petam yg still ada paper.. good luck! will miss u guys! muaxx..
p/s/s: sorry for the sepeking meeking.. sometimes i need to write in order to improve my bad english writing.. huhu.. inilaa akibatnyer da lama x wat essay... ejaan, grammar sume teraborr..

Tuesday, April 28, 2009

.saya dapat jam dinding!.

program : majlis makan malam ibu pejabat
tarikh : 25 april 2009
tempat : dewan tan sri mahfuz
tema: biru dan putih

last saturday, me and my family menghadirkan diri untuk majlis seperti di atas. saya ditugaskan menjadi usher di atas pentas. seramai 750 ahli silat cekak dilaporkan hadir pada malam itu yer. seperti biasa, acara majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya makan malam dan diselitkan dengan beberapa persembahan. tugas ku bermula setelah Datuk Hj Maideen merasmikan majlis tersebut selepas makan malam.
selepas itu bermulalah mesyuarat ahli2 ibu pejabat. meeting ni jap je. 10 min je, sebab semuanye akan serahkan pada pusat untuk pilih perwakilan. hehe.. ok, then mulalah persembahan2 segala, then diselitkan ngan satu slot nama dia suke2 bagi. suke2 bagi ni acaranye cam suke2 atilaa orang yang handle tu nak kasi hadiah kat sape kan. so, slot suke2 bagi yang first tu, orang yang handle tnya soklan, so sape yang jawab dapat adiah. pastu slot suke2 bagi ke2 lak dia cam sebut nama ic laa apa laaa kan.. then slot suke2 bagi 3 diorang wat ala2 bid.
masa aku sedang dok sebok2 control giler kat atas pentas sambil pegang hadiah tyme slot 2 suke2 bagi tu, orang tu g sebut num ic '871111-14-----' aku cam dlm kepala cam pk kan.. 'eh? cam ic aku?" mmg pon laaa!!! hahahaha.. satu dewan gelakkan aku.. grr. aku g ar depan orang kasi hadiah tu bg hadiah tu kat dia pastu dia bg blk hadiah tu kat aku.. :)) ntah apo2 ntah.. the nyte was great! banyak sponsor woo.. siap ada red carpet lagi tu..
malam tu jugak dorang buat surprise tuk pak teh and mak teh for datukship yang pakteh dapat. and they were so suprised! sob sob.. cam touching sedikit di situ yer..
ok sedikit info malam tu :
  • antara soklan suke2 bagi :
    • c.e.k.a.k ejaan jawi dia??
      • jawapan : jawi
    • aritu saya masuk wad sbb denggi, bape saya nye blood count masa kuar spital?
    • ada bape pasang kaki kat dlm dewan?
    • ada bape jumlah kereta yang parking kat luar? etc.. etc..
  • antara hadiah suke2 bagi :
    • minyak itam kereta
    • bantal
    • tuala
    • stove
    • hamper makanan
    • blender
    • jam dinding
    • pasu bunga
    • t-shirt
.amik gamba dengan komiti :).
grr.. mata aku tertutup!

.bersama cik mc dan ibu.

.@ backtage.


p/s: malam tu juga kat mmu ada wat mmu award dinner.. alorr tak dapat pegi! btw, congrats to aizat for best male athlete and sek@mmu for best charity apa ntah.. hehe.. :)

Tuesday, March 10, 2009

.my weekend to nothern malaysia.

.last weekend, saya ikut ayah saya ke setiawan perak.
.sekali lagi ke program silat cekak, tapi kali ini dianjurkan oleh penuntut UTP.
.mereka yang pergi adalah ayah, ibu, me, adil, shahran, kimi, fakrizal, al apa ntah (sowie lupa nama kamu).
.perjalanan yang agak memberi banyak pengalaman baru.
.separuh dari perjalanan kami ikut jalan lama.
.apa yang best ikut jalan lama ni yer?.
.best sebab kite dapat tengok rumah2 kampung, dusun buahan2, cara kehidupan sana yang sudah pasti jauh dari kebisingan kuala lumpur ini.
.sampai sahaja di manjong, kami singgah rumah pak cik roslizan.
.kami disambut mesra oleh keluarganya.
.mak cik G masak macam2.
.ada kuew teow goreng, puding, kek batik, air oren n air teh o,
.semuanya dibikin sendiri oleh mak cik G and her sweet beloved daughter.
.sedap sedap sedap (gaya upin ipin k).
.malam itu, kami semua ke resort alam rindu, untuk program utp tu.
.seronok dengar ceramah ayah malam tu.
.pelajar utp ni best tau, dorang peramah.
.cayalah korang.
.malam tu, me, ibu n ayah sleepover di rumah pak cik roslizan.
.adil n the gang have to sleepover at the resort.
.tapi bestkan resort tu? kan kan kan?.
.the next day, i woke up early and mak cik G already prepared breakfast for us.
.ada nasi dagang, nasi lemak, CENDAWAN GORENG!, and kuih muih.
.then kami pun ke resort tu semula n bertolak ke pulau pinang dari sana.
.alhamdulillah, kami kami sampai di tanah liat dalam pukul 3 ptg.
.keadaan atuk n nenek pun alhamdulillah sihat.
.lewat petang tu, kami ke rumah shahran.
.kat sana kakak shahran masak macam-macam.
.kuew teow goreng dia sedap sangat.
.pastu ada pisang goreng.
.sedap sedap sedap.
.everybody thought the same thing!.
.yummy!.
.family shahran memang best.
.sangat rapat.
.shahran ada nephew and nieces kembar.
.ada kembar 3 and kembar 4.
.cumil bangat!.
.then, kami pun pulang ke kuala lumpur.
.pergh! ini yang paling mencabar.
.jam selepas sungkai.
.3 jam tuuu..
.aku ni da tak tahan nak terkucil tau x?.
.so, cara-cara supaya aku dapat tahan ialah menyanyi.
.semua lagu aku nyanyi.
.minta mahap laa yer ibu, ayah n adil kalo sore sumbang ni melalak dalam kete tu.
.lol!.
.finally, we'all sampai kl pukul 5! giler kan? haih..
.tapi, apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana perjalanan kami selamat.
.alhamdulillah syukur nikmat. :)

.ini laa fazilla n kawannye yang sangat friendly. :)

.alam rindu resort.






p/s : thanks pak cik roslizan and family
p/s/s: thanks adil for driving the car all the way..
p/s/s: kali ni gambo ko muat dlm blog ini! (tepuk tangan!)

Monday, February 23, 2009

.gunung ledang.

salam semua.. :)

hari ini hari selasa..
semalam hari isnin...
dulu semalam hari ahad...
sebelum hari ahad.. hari apa?? hari sabtu!!! yeah!
that's the day i went to gunung ledang with my family + adil + kak mummy and kak apop..

ceritanya bermula begini....

ayah telah dijemput oleh ajk silat dari kolej yayasan melaka (kym) untuk merasmikan dan memberi ceramah untuk program yang dianjurkan mereka bertempat di gunung ledang.. (sorry, saya lupa apa nama tempat kami menginap tu..huhu..)

me and ayah at hentian tangkak kot..

.me and ibu in the car.

.inilaa tempatnya.


jadi, kami pun bertolak pada petang sabtu selepas kenduri pihak perempuan perkahwinan abg os.adil drive kete.. tot tet tot tet... sampailaa kami di exit tangkak dan jumpa kak apop and kak mummy kat situ..(dorang dari jasin).. pastu, kami dibawa oleh 2 org ajk program ke tempat itu..wah! sampai je tempat tu da jatuh cintan.. best woo tempat tu... then, kitorang dibawa ke tempat makan.. makan malam dulu.. wohoo!! sedap2! fyi, dorang masak sendiri woo makanan tu.. sedap2!! korang memang terer ar masak.. camping2 pon masak sedappp.. nyummy!

.ibu and adik while waiting at tangkak tol.

.sila2.. jemput makan.

then, mulalaa upacara perasmian + ceramah part 1.. ahaha...tapi best2 ceramah ayat tu.. gud2! hehe.. then balik tempat penginapan dan tido.. saya tido ngan kak apop n kak mummy.. ayah and ibu tido bilik satu lagi.. adil and safiq tido kat hall.. sian2.. takpe2.. korang kan laki..

.haa.. nampak tak betapa jernihnye air sungai tu! nampak tak ikan??.

.breakfast tyme!.

then, esok harinya, dah kena bangun pagi2.. pergi laa breakfast.. wow2 wee!! tak terkata indahnye tempat tu di waktu pagi.. air sungai yang sangat jernih... cam bolelaa kalo nak sewa tempat tinggal tu untuk seminggu nak tenangkan pikiran yg kusut tinggal di ibu kota.. hehe.. then, pas breakfast, ayah kena bg ceramah.. me n ibu dengar separuh je.. then kitorang mulakan pengembaraan.. pengembaraan mencari air sungai.. turut terlibat kak mummy and kak apop.. adik je setia mendengar.. adil dah balik ke bilik sebab dia demam.. huhu.. sian2.. tapi kitorang da bagi dia telan ubat.. :D

"nak ikut jalan mana ni akak?"

.pagi yang sihat.

then, jumpaa laa tempat sungai.. ibu n the kakaks takmo mandi.. me as usual the hantu air memang tak kisahlaa kalau nak mandi seorang2 pon kan.. hahaha... terloncat-loncat laa aku dalam air tu.. kehkeh.. kat situ leh wat spa kaki.. takyah nak bayar2 pon.. kat sungai tu dah ada da ikan yang geget2 kaki tu..hehe.. kejap je mandi kat air terjun tu, sebab ada makhluk2 gediks and terkinje2 kat atas tu.. podahhcitt!!.. kang da kena nanti baru nyesal!! isk2..

.air terjun! i loike!.

then kitorg pun turun laa ke bawah.. jumpa lagi sungai.. wohoo!! lagi best.. takde orang situ.. pastu cam ada pohon yang bole dijadikan platform untuk meloncat ke dalam air.. lol!

then, pas seketika lepak di situ.. kitorang pon baliklaa ke tempat program.. me and ibu balik bilik dulu tuk salin pakaian.. adil was at the room.. dia cam dah kebah sikit.. while me siap2, ibu and adil pon borak2... pas i da siap pon dorang still borak2.. sampai laa i tido jap and terjaga dengan panggilan telefon dari amalina.. huhu.. she cried! huhu.. atuk amalina da kembali ke rahmatullah.. (innalillah..) saya rasa sangat sebak mendengar berita itu.. tapi apakan daya, tak sempat pulang untuk menziarah.. saya agak rapat ngan atok dan opah amalina.. huhu..sabar ye amal.. sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan kembali kepadaNya.. then, lepas ibu and adil habis borak2.. kitorang pun pergi lunch di tempat yang disediakan..

abes je lunch, the kakaks balik dulu sebab opah diorang datang rumah.. so, dorang pun balik dulu, while us tunggu untuk majlis penutup.. after the majlis penutup, we all went back to the room to pack up all our things.. sebelum pulang ke kuala lumpur, kami singgah dulu di rumah tok su man (seorang ahli lama silat cekak). all the way pergi rumah tok su tu, masyaAllah, lebat sungguh hujannya.. sampai tak nampak jalan.. Adil dah cam nak demam balik time tu.. tangan dia da rasa lenguh2.. he can't feel the steering..(ouhoo!! bahaya2!) hehe.. alhamdulillah.. sampai juga kat rumah tok su.. :)

.aser,the budak kangkong number1..this photo taken by pia a.k.a dak kangkung number2.

.adi the dak kangkung number3,oso taken by pia. :)

kat sana, kitorang suruh dia makan ubat.. the kakaks pun datang rumah toksu petang tu. dak angah and the anak kangkong pun ada! rindu sangat ngan dak2 ni.. haihh.. dapat gak jumpa. pastu kan, kitorang dihidangi ngan pelbagai makanan woo.. goreng pisang tanduk, nasi goreng and sambal tumis yang sedapp.. time kasih2! :D

then, kitorang pun bertolak pulang ke cyberjaya.. adil da kebah da time tu and he drove the car all the way back.. then, masa on the way balik tu kan, kami singgah di r'n'r seremban untuk makan cucur udang kat situ.. sedapp woo.. kalau u all singgah kawasan rehat tu pergilaa kedai anugerah.. memang best.,. ramai je orang beli kat situ.. then, pas mkn2.. kitorang pun balik cyberjaya... and then ibu and ayah pun balik laa ke rumah.. :) pastu bermulaa laa sekali lagi hari untuk menimba ilmu.. adoyaii.. hehe.. btw, thanks adil sebab drive kete all the way! thanks sgt2!



p/s: sorry gambo ko x muat lagi..
p/s/s: first tyme tengok ungka pakai baju kemeja! hahaha..

Monday, February 2, 2009

.sepetang di gombak bt 12.

aktiviti ini berjaya dilakukan pada hari sabtu bersamaan 31/1/09 yg lepas.

sebenarnya, psscmuiam gombak adakan satu kem untuk para ahli yang dah tamat. dorang invite ayah jadi penceramah malam tu. so, aku n ibu ni da merancang rancang laa nak berpicnic kat sg gmbak tu..(eh, tau tak, aku sangat tak sangka sg gombak masih jernih :D)..

so, bila tibe je ari sabtu tu, ayah kata ayah nak terus gi malam pule.. ibu n especially me yang sangat gilerkan air frust laa kan.. then ayah yang sangat memahami cakap camni>>

"takpela, kalau u all nak gi dulu gi laa.. kasi ayah restkan kaki ayah dulu" (ayah seorang penghidap penyakit gout)

so, me n ibu pun siap-siap. adik takmo ikut pula.. dia nak tgk women's final tyme tu serina vs safina. so, kitorang pun pegilaa sana ngan kak apop n kak mummy tapi sebelum tu kitorang beli kuih bertan2. kebetulan kak mummy n kak apop pun br nak keluar, so kitorang gerak sekali je.

smpai je sana, aku sangat terpegun ngan air jernih sungai itu dan kesejukan tempat itu...
aku pun tros ar cari jalan camne nak turun sungai.. aku yang tak bawak pape pakaian salinan men trn je berendam dalam sungai. hehe.. best2.. ibu temankan aku.. dia rendam2 kaki je..

then, kol 7 camtu aku pun naik.. naik dengan keadaan kesejukan dan tros mencapai hp dan mendail num adik. aku call adik suh bwk sume pakaian salinan aku mlm tu. then, kitorang pun men masak2.. then mlm tu mkn.. n dengar laa ceramah ayah.. :) kamu2 warga uia ni mmg best laa... semoga apa yang disampaikan ayah tu berguna untuk kite sume :)

ni simpang nak gi gombak

so memory lane ayah.. ayah banyak abeskan masa muda2 dia kat sini dulu :)
my kakaks n ibu :) cantik kan tempat ni?

ibu yang setia menemankan anaknye yang giler air!

teacher apop tengah tengok mereka buat rakit (kata mereka buat rakit.. ntah btol ntah tidak.. takde rupa rakit poonn.. konpius2)


itu dia our kitchen chief! haha..

pose ayah before bagi ceramah.. :)


fyi :serina won the game for women's title australian open :)

p/s: oi ko! ye ko! ko hengat kalo ko masuk sungai tu air sungai tu tak keringla?!!! grr...