Baru2 ini satu lagi program sek@mmu telah diadakan. Program sek@mmu kali ini agak berbeza sedikit. Program kali ini adalah program perdana sek@mmu di mana melibatkan 3 buah sekolah. sekolah-sekolah yang telah terlibat adalah:
- sekolah A - SMK Datuk Mahmud Mat
- sekolah B - SMK Seri Pekan
- sekolah C - SMK Tengku Abdullah
Dalam program kali ini, saya telah menjadi komiti bagi sekolah C dan sekali lagi menjadi s/u. Adik-adik sekolah C terdiri dari tingkatan 6atas ke tingkatan 4. Ramai di antara mereka adalah pelajar tingkatan 6 atas.Alhamdulillah, di sekolah C rasanya semuanya berjalan dengan lancar.Pada mulanya saya rasa agak risau, takut-takut mereka ini tidak mendengar kata almaklumlaa ramai yang tingkatan 6 tapi terbukti jangkaan pertama ku itu salah... adik-adik sekolah C memang sporting, best dan memberikan komitmen yang bagus di dalam setiap aktiviti.
Pada hari pertama, majlis penyerahan pelajar bagi sekolah C bermula pada pukul 3. Alhamdulillah majlis itu okey! :) Guru-guru sekolah C juga sangat-sangat supportive! kemudian, LDK 1 pun bermula sejurus selepas majlis penyerahan itu berlangsung. Antara game yang diadakan ialah "Cat n mouse" dan sorting groups. Malam itu pula, kelas IT pertama diadakan. Kemudian semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama mereka dan merehatkan diri untuk aktiviti esoknya.
Program diteruskan pada hari kedua dengan senaman pagi. Aktiviti senaman pagi pula kami adakan algorithm dance. Pelajar-pelajar nampaknya suka dengan algorithm dance ni. Kami yang komiti ini pun join sekali menari di belakang pelajar. hehehe..kemudian 2 kelas IT dan Ldk diadakan pada hari tersebut. Pada malam itu juga pelajar-pelajar dikehendaki menyiapkan final project mereka. adik-adik sekolah c memang kreatif! :)
Pada hari ketiga, sekali lagi senaman pagi diadakan. kali ini, kitorang menari poco-poco pula. hehehe.. saya tidak dapat teruskan bersama adik-adik ini sehingga ke akhir program sekolah C kerana terlibat dengan rehearsal untuk majlis penutup sek@mmu perdana pahang yang dilangsungkan di sekolah B. Majlis penutup telah diadakan di sekolah B. Semua pelajar dan komiti dari ketiga-tiga buah sekolah telah dikumpulkan di majlis penutup itu. saya, sekali lagi menjadi MC untuk kali ini. Kalau di Kedah saya dipasangkan dengan Adila, kali ini saya dipasangkan Najib. Alhamdulillah, kali ini kurang sedikit rasa gugup. Namun, perasaan semakin tidak dapat dikawal apabila melihat adik-adik menyanyi bersama-sama ketika semua fasi berada di pentas membuat persembahan 4 lagu - warisan, pesan abang, permata dunia dan jangan diucap selamat tinggal. fasi-fasi diatas pentas semuanya telah berlinangan dengan air mata. saya terpaksa mengawal emosi ketika itu kerana menjadi MC dan takut-takut merosakkan majlis. Najib yang ketika itu tidak dapat mengawal emosi membaca pantun penutup dengan suara yang agak tergetar.(sabar ye najib) lepas sahaja majlis penutup, semua VIP pulang tapi pelajar dan fasi diminta berada di dewan.ketika ini lah kami semua bermesra buat kali terakhir sebelum kami semua pulang. ambil gambar bersama, pesan memesan dan bermaafan di antara satu sama yang lain.
semoga adik-adik semua dapat mempelajari sedikit sebanyak dari apa yang diajar oleh abang2 dan kakak2 fasi. kami semua sangat berbangga dengan adik2. semoga adik2 menjadi insan yang tidak mudah putus asa dan menjadi insan yang berguna di masa akan datang. amin. :)
buat wildan, saffuan, farah, sarah, ana, mimi, fatihah, dan ju.. take care ok! all da best! korang memamg best!
buat aini and zira, nice jadi partner korang! korang best!
buat semua komiti sekolah c... korang best best jugak!
buat semua komiti sek@mmu perdana pahang... korang tersangatlaa best! ;)
p/s: pictures will be updated.. tungguuu....
No comments:
Post a Comment