hari ini hari selasa
hari ini saya demam
semalam saya tidur awal. seawal pukul 8 mlm dan bangun semula pada jam 4.15pagi.
selepas isyak, saya tidur kembali.. tekak ini terasa sangat pedih, pahit dan payau..
pagi tadi semasa berada di dalam train, tekak ini terasa loya dan perut berasa sebu.. seperti mahu muntah.. bertahan...
lebih kurang jam 8.15 pagi saya sampai di stesen taman paramount.
tak disangka, saya menaiki train yang sama dengan una..
una pun terlambat hari ini..
selalunya unalah orang yang pertama akan naik van celcom..
semasa memasuk tiket lrt di machine, dari jauh saya nampak van celcom bergerak..
tak sempat nak kejar kerana kaki kanan yang masih belum sembuh.
mujur ada una, ada teman menaiki teksi..
badan berasa seram sejuk..
sejuk terasa sampai ke tulang..
sampai sahaja di pejabat, saya terus menukar cardigen saya dengan memakai jaket free celcom.
jaket tu tebal sedikit sudah cukup untuk membuat badan tidak berasa terlalu sejuk tapi masih ada sejuk sedikit.
selepas sarapan pagi di lg1 bersama una, batuk pula menyusul..
kejap-kejap sahaja mesti batuk..
lama-lama kepala pun sakit..
sah saya demam :(
lepas lunch saya berehat sebentar di surau.
lepas bangun dari tidur di surau, saya kembali ke pejabat dan keadaan semakin teruk..
kak fiza n kak ema nasihatkan saya pulang kerana melihat keadaan saya yang tidak sihat.
dalam pukul 3 ptg saya pun pulang.. sekali lagi saya berasa seperti mahu muntah semasa menaiki lrt. sepatutnya saya turun di stesen wangsa maju tapi dek kerana tak tahan dengan keadaan di dalam lrt, saya pun turun di stesen jelatek..
ibu datang jemput dan kami terus ke klinik.
doktor mengambil suhu badan saya dan di dapati suhu badan saya mencecah 38 darjah.
sekembali di rumah saya terus berehat.
ibu masakkan saya sardin..
nasi putih bersama sardin..
one of my favourite..
kelihatan enak sekali tapi saya tidak dapat habiskan.
selepas makan, saya pun makan ubat.
alhamdulillah, menjelang malam..
badan terasa lega sikit selepas berpeluh.
saya dapat mc esok. :)
oh ya, hari ini episod terakhir la dolce amira.
jalan ceritanya agak menarik.
hopefully, saya dan kawan-kawan saya pun bole jadi macam itu.
sekian laporan hari ini..
kepala kembali sakt. aduh!
salam..
p/s : saje buat ayat cam skema.. nak belajar tulis ala-ala novelis sket nak jadi cam la dolce amira.. leh ar wat la dolce sitot. lol! i poyo je k!
4 comments:
yekk je la dolce sitot
apa yek2? comey apa? :D
sitot ku sayang!
take care tau
tak moh demam2 ni.
hehe
bole wat dolce sitot misteritot!
yeay!
pasni kite wat dolce sitot mysteritot..
Post a Comment